Thursday, September 16, 2010

Terma dan Syarat

1. MuslimahCommey mengamalkan amalan kerja yang berintegriti dan beretika serta selari dengan nilai ajaran Islam. Oleh kerana itu, sila membeli dengan penuh keyakinan.

2. MuslimahCommey hanya melayani pelanggan yang serius sahaja. Namun, sekiranya pelanggan ingin mengetahui butiran lanjut mengenai produk yang dijual di sini, sila berhubung melalui muslimah.commey[at]gmail.com atau melalui ID yahoo messenger yang tertera di blog jualan MuslimahCommey.

3. Tempahan boleh dilakukan melalui borang yang disediakan di blog jualan MuslimahCommey.

4. Reservasi produk hanya boleh dilakukan apabila pelanggan membayar separuh daripada harga yang tertera di blog jualan MuslimahCommey. Sekiranya gagal berbuat demikian, produk akan dijual kepada pelanggan yang lain (first come, first serve basis).

5. Semua produk yang dijual di blog jualan MuslimahCommey adalah BARU kecuali dinyatakan lain. Warna produk mungkin berbeza berbanding dengan foto kerana tatacara cahaya, resolusi warna dan variasi skrin komputer.

6. Harga dinyatakan adalah menggunakan Ringgit Malaysia dan tidak termasuk caj penghantaran. Caj penghantaran akan ditambah dalam jumlah keseluruhan bayaran dengan kos yang sangat minimum.

7. Bayaran harus diterima dalam masa 1 HARI dari masa pengesahan tempahan produk yang dihantar oleh kami. Produk hanya akan dihantar setelah bayaran penuh diterima. Jika tiada ada bayaran diterima selepas 1 hari apabila tempahan disahkan, tempahan akan dibatalkan secara automatik. Sila semak email anda dan tempat spam juga, untuk peringatan dan pembatalan email dari kami.

8. Harga yang ditawarkan adalah harga TETAP kerana ia adalah harga terendah yang dapat kami tawarkan. Walaubagaimanapun, kami mungkin akan memberikan diskaun kepada para pelanggan pada masa-masa promosi. Sila klik pada tab "promotion" untuk mengetahui promosi yang bakal ditawarkan."Promotion" tab akan muncul ketika masa-masa promosi berlangsung.

9. Sila pastikan bahawa anda telah memeriksa produk yang sesuai dengan ukuran bentuk badan anda. Semua produk yang baik yang dijual TIDAK boleh dipulangkan dan ditukar kerana kami telah membuat usaha yang terbaik untuk kami memaparkan pengukuran untuk setiap produk yang dijual. Penukaran hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat kecatatan pada produk yang disebabkan oleh kesalahan pengilang.

10. Kami menggunakan Pos Laju untuk penghantaran tempatan di Malaysia. Untuk penghantaran Antarabangsa, penghantaran akan dilakukan menggunakan pos yang berdaftar dengan Standard Antarabangsa atau International Pos Laju.

11. Produk akan dibungkus dengan sebaiknya untuk mengelakkan daripada basah, kotor dan lain-lain perkara yang tidak diingini semasa proses penghantaran berlangsung.

12. MuslimahCommey TIDAK akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang selepas pihak MuslimahCommey memberikan "tracking number" kepada pelanggan.

0 comments:

Post a Comment