Thursday, September 16, 2010

Soalan Lazim

Adakah MuslimahCommey mempunyai kedai fizikal atau butik?
Tidak. Buat masa ini kami hanya beroperasi dan berkomunikasi secara online sahaja.

Bagaimana proses pembelian produk berlaku?
Tempahan produk boleh dibuat di laman utama MuslimahCommey. Sila klik "di sini" dan anda akan diberi bantuan langkah demi langkah untuk membuat tempahan dan pembelian produk.

Adakah harga yang tertera di halaman blog jualan MuslimahCommey termasuk caj penghantaran?
Tidak, caj penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Akan tetapi MuslimahCommey akan memberikan diskaun yang menarik kepada pelanggan apabila pelanggan membuat pembelian 4 atau lebih produk yang dijual disini. Sila rujuk "di sini" untuk keterangan lanjut mengenai caj penghantaran.

Bagaimana pembayaran boleh dilakukan?
Pembayaran boleh dilakukan secara perbankan internet ataupun wang deposit. Setakat ini MuslimahCommey hanya berurusan dengan bank Maybank, CIMB dan Bank Islam.

Bagaimana MuslimahCommey menghantar produk kepada pelanggan?
Untuk pasaran tempatan, kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju kerana melalui pengalaman kami, Pos Laju menyediakan perkhidmatan penghantaran cepat dan selamat. Kami juga menggunakan perkhidmatan Pos Biasa sekiranya pelanggan meminta untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Untuk pasaran antarabangsa, kami menggunakan perkhidmatan samaada "International Pos Laju" atau "Normal International Registered Postage". Ianya bergantung kepada pilihan pelanggan.

Berapa lamakah masa diambil untuk satu produk sampai ke lokasi?
Untuk pasaran tempatan, masa diambil untuk perkhidmatan Pos Laju ialah dalam lingkungan 1-3 hari. Khidmat Pos Biasa akan disediakan atas permintaan pelanggan kerana harganya lebih murah tetapi agak lambat sampai ke lokasi. Tempoh penghantaran Pos Biasa mungkin 7-10 hari.Secara keseluruhan tempoh masa untuk sampai kepada pembeli bergantung kepada jenis penghantaran dan lokasi. Bagaimanapun,pihak pembeli tidak perlu ragu-ragu kerana setiap penghantaran akan dimaklumkan "tracking number" dan setiap penghantaran dilindungi insuran.

Adakah produk yang telah diterima dengan selamat boleh dikembalikan atau ditukar semula?
Setelah tamat urusniaga, sekiranya tiada kecatatan pada produk yang terjual, sebarang tindakan pemulangan dan pertukaran produk oleh pelanggan tidak akan diterima sama sekali oleh pihak MuslimahCommey.

Bolehkah pelanggan mengembalikan ataupun menukar produk jika ukurannya tidak sesuai dengan ukuran badan?
Tidak, MuslimahCommey tidak menerima semula atau menukar ganti produk jika saiznya tidak sesuai dengan anda. MuslimahCommey telah melakukan usaha yang semaksimal untuk menerbitkan anggaran saiz yang terbaik untuk setiap produk dan anda harus memastikan bahawa anda telah membandingkan dengan ukuran anda sendiri sebelum membuat pesanan.

Bagaimana pelanggan boleh mengetahui akan ukuran saiz produk yang dijual di blog jualan MuslimahCommey?
Untuk mengetahui akan ukuran saiz produk, pelanggan boleh rujuk "di sini"

Bolehkah pelanggan mengembalikan produk jika ada kecacatan yang disebabkan oleh MuslimahCommey ataupun pengilang?
Ya, pelanggan boleh mengembalikan atau menukar produk yang mengalami kecacatan yang disebabkan oleh MuslimahCommey ataupun pengilang. Pelanggan akan diberi pilihan samaada hendak menukar dengan produk yang sedia ada dalam stok simpanan kami atau kami akan mengembalikan wang anda.

0 comments:

Post a Comment